Want your
own Fotopage?














 
Fazrien - Terengganu's Wedding Photographer

By: Shamsul Fazrien

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]
Friday, 9-Jan-2009 21:56 Email | Share | | Bookmark
BERPINDAH : www.fazrien.com/blog



Fazrien Photography akhirnya menyahut seruan muslimin seluruh dunia, yang menyeru supaya kempen memboikot produk Israel di perluaskan, sebagai tanda kekecewaan, bantahan, amarah dan kutukan terhadap kezaliman rejim zionis melakukan pembunuhan kejam ke atas masyarakat Palestin. Adalah dimaklumkan fotopages merupakan produk 100% Israel dan diasaskan oleh syarikat berpengkalan di Tel Aviv, Israel.

Diakui, adalah tidak mampu untuk kita semua pergi berjihad bersama-sama masyarakat Palestin. Tetapi hanya dengan usaha tidak seberapa inilah sahaja mampu kita tunjukkan keprihatinan kita terhadap kekejaman yang berlaku. Sehubungan dengan itu, sebagai tanda protes terhadap kekejaman pihak Israel terhadap Palestin, Fazrien Photography dengan ini secara RASMI berpindah ke blog baru http://www.fazrien.com/blog dan menutup operasi shamsulfazrien.fotopages.com di syarikat milik Israel (Fotopages).

Sebelum ini pun sudah terfikir untuk berpindah ke blog yang lebih tersusun dan mantap. Tetapi gusar keran diakui fotopages mempunyai pengikut sendiri dan user-friendly. Selepas ini semua entry baru tahun 2009 boleh dilayari di blog baru. Manakala semua entry tahun lepas akan kekal disimpan di fotopages ini, sebagai sumber rujukan anda. Tiada lagi update disini, so lepas ini jom ramai-ramai simpan my adress blog dan layari la selalu ya, setiap hari. Sedih juga kan, sebab dah setahun guna fotopages ini, daripada tiada viewers sehinggalah mencecah 700-800 viewers setiap hari. Apapun kita perlu maju ke depan dan ber'hijrah'.

Salam, Ayien.

Tumpang Iklan ye...

Subject: ANDA INGIN MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?

ANDA INGIN MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?
ANDA INGIN BEBASKAN DIRI ANDA DARI HUTANG?
ANDA SUKAR MENDAPATKAN TAWARAN PERKERJAAN?

MEMPERKENALKAN PROGRAM YANG HEBAT!
PRODUK² YANG WANTED DI PASARAN!
PLAN KEUNTUNGAN & INSENTIF YANG MENARIK!
PELUANG ANDA MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN!

Anda tidak akan rugi kerana modal yang diperlukan hanya RM5 saja. Tiada Risiko!
Kini anda mampu untuk memperolehi lebih dari itu dengan http://Kerja-Mudah.com/?ref=109

Hari ini kita ada jalan terbaik untuk keluar dari masalah kewangan yang membelenggui hidup kita sekarang. Peluang yang selalunya datang di masa kita tidak bersedia. Hanya mereka yang benar-benar mengambil peluang pasti berjaya. Ramai orang yang telah berjaya mengubah kehidupan dalam masa singkat dengan menceburi perniagaan hebat ini. JANGAN kita hanya MELIHAT dan MENDENGAR tetapi hendaklah kita BERTINDAK segera.

"Sekiranya kita lambat bertindak, esok kehidupan kita tetap sama"

http://Kerja-Mudah.com/?ref=109 Kunjungi Website saya : http://Kerja-Mudah.com/?ref=109 Sukses Selalu! Nurul Ashikin http://Kerja-Mudah.com/?ref=109
Sat 20-Jun-2009 13:54
Posted by:shikin megutmfke@yahoo.com  - [Link]
salam, saya kagum dengan semua gambar2 anda dikesemua blog anda..
ringkasnya saya ingin dapatkan sedikit tunjuk ajar lah kalau saudar sudi nak turunkan ilmu hehe. almaklumlah saya ni baru nak belajar take picture.. dari Dungun je ni
Tue 30-Jun-2009 01:51
Posted by:lanzbo
jika nak blaja bleh contact sy terus.... no charges no fees Wed 1-Jul-2009 05:06
Posted by:fazrien.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Friday, 9-Jan-2009 20:45 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan, Lisa & Kamarul 27 Disember 2008


















Sedikit gambar pasangan Marlisa & Kamarul. Maaf banyak-banyak, sebenarnya majlis sudah lama berlangsung pada 26 Disember lepas, tapi kali ini baru berkesempatan update. Saya agak sibuk dengan tuntutan kerja-kerja editing & designing album clients yang bertimbun-timbun. Tiada masa nak coret banyak-banyak, nak sambung kerja pulak..hehe . Enjoy da pics!

Boleh lihat sebahagian kecil gambar di flickr http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets.

ShamsulFazrien @ Ayien
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

019 9939 741, 017 9441 344
YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Fotopages : http://shamsulfazrien.fotopages.com
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Blog : http://shamsulfazrien.blogspot.com

Capture Your Life At Its Best
Fotografi Perkahwinan, Pertunangan, Outdoor Session, Event Di Terengganu

salam.. saya nk tye untuk outdoor session kt kuala terengganu bpe ek? boleh bg quotation tak?
n utk mjlis sambut menantu...
Sat 14-Mar-2009 10:21
Posted by:nonie nonie_bhafni@yahoo.com
nonie..sebaik nya email ayien atau sms...ayien ada blog terbaru dah... Mon 16-Mar-2009 06:22
Posted by:makeupbylala lala_7318@yahoo.com  - [Link]
salam perkenalan...wahhh gbr kat sini sume best2 la..salute la.sila beri tunjuk ajar bleh.. Wed 3-Jun-2009 14:11
Posted by:Thehitman-thephotographers KL  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Saturday, 3-Jan-2009 20:25 Email | Share | | Bookmark
Majlis Akadnikah, Diana & Zuhairi, Kuala Terengganu 3 Januari 09

 
SLIDESHOW! SLIDESHOW! SLIDESHOW!



Jom view slideshow! Slideshow sememang direka khusus untuk memudahkan anda semua melayari koleksi gambar perkahwinan dengan lebih bermakna. Insya-Allah mulai 2009, setiap entry baru clients, akan disertakan dengan slideshow. Jom tengok jom... jangan lupa turn on speaker komputer sambil layan gambar dan lagu slideshow...





















Majlis pertama untuk tahun baru 2009. Tiba giliran majlis pasangan Zuhairi & Diana berlangsung dengan selamatnya pada 3 Januari 2009. Majlis berjalan dengan lancar dan sangat meriah, tidak kurang 7 kamera dslr berlegar-legar di majlis ini, saling snaps & bounce flash...hehe. termasuk satu daripada jurugambar rasmi FAZRIEN Photography. Cuaca hujan menangguhkan sesi outdoor, namun masih ada lagi 2 majlis resepsi untuk pasangan ini, akan diadakan pada minggu depan dan 2 minggu akan datang. Tunggu......

Untuk gambar yang lebih banyak, boleh view SLIDESHOW di atas (http://www.fazrien.com/slides/dianazuhairi) ataupun lihat di flickr (http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets).

ShamsulFazrien @ Ayien
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

019 9939 741, 017 9441 344
YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Fotopages : http://shamsulfazrien.fotopages.com
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Blog : http://fazrien.com/blog

cantiknya....spt selalu.... slideshow best!
erm....date june tu dh org booking ke?
Sun 4-Jan-2009 12:21
Posted by:jAjA
gambar bro memang cun-cun belaka ... memang best. Tue 6-Jan-2009 03:17
Posted by:izan shahrizansani@yahoo.com  - [Link]
ayien... tumpang iklan jap...klu rasa tarikh ayien dah penuh cuba masuk sini lak http://warnajiwa.fotopages.com Tue 6-Jan-2009 04:40
Posted by:farhan farhanzahari@gmail.com  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Friday, 2-Jan-2009 06:34 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan, Munirah & Azhari, 28 Dis 2008

SLIDESHOW! SLIDESHOW! SLIDESHOW!



Jom tengok slideshow gambar majlis perkahwinan pasangan Munirah & Azhari. Sedikit sahaja gambar diupload di fotopages ini, jadi kalau nak tengok banyak-banyak boleh view slideshow ya. Kalau internet slow, tunggu abis loading dulu... hehe
















Majlis Munirah & Azhari ni merupakan majlis terakhir untuk tirai 2008. Penat sangat! . Mesti ramai clients bertanyakan mana giliran gambar diorang untuk diupload... hehe. Tapi saya terpaksa membuat keputusan tidak popular, iaitu menyiapkan album-album anda terlebih dahulu, supaya album diterima tepat pada masanya. Lagipun minggu ini mengalami sedikit masalah dengan pengilang album, so terpaksa bertukar pengilang album untuk ke sekian kalinya. Mana-mana pembekal dan pengilang yang tidak menjaga kualiti dengan FAZRIEN Photography, terpaksa la terima nasibnya

Enjoy da pics...sori..kat flickr pon sikit jer upload, so view la slideshow ya.

ShamsulFazrien @ Ayien
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

019 9939 741, 017 9441 344
YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Fotopages : http://shamsulfazrien.fotopages.com
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Blog : http://shamsulfazrien.blogspot.com

Capture Your Life At Its Best
Fotografi Perkahwinan, Pertunangan, Outdoor Session, Event Di Terengganu

hai ayien..woww..sukeerr bangat nengok bile gambar2 tu..nice shot..
thanx a lot!!
Sun 4-Jan-2009 09:26
Posted by:munn smunirah@jkr.gov.my
Add comment


Tuesday, 30-Dec-2008 18:07 Email | Share | | Bookmark
AZAM TAHUN BARU - 2009



Tahun 2008 akhirnya akan melabuhkan tirainya. Kemunculan tahun 2009 pasti akan dinantikan bersama-sama dengan jutaan harapan dan azam, agar tahun mendatang akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Tamatnya tahun 2008 juga menandakan usia FAZRIEN Photography sudah setahun, dan akan melangkah ke tahun ke-2 (2009) dengan pelbagai iltizam dan matlamat. Target tahun 2008 sudah tercapai dengan cemerlang, diharap target tahun 2009 akan berakhir dengan hasil yang positif jua hendaknya, insya-Allah.

Diimbas pada awal tahun dahulu, azam saya pada tahun 2008 adalah untuk mencari tapak menjenamakan FAZRIEN sebagai sebuah jenama fotografi perkahwinan di Terengganu. Sasaran awal adalah untuk mendapatkan 25-30 majlis setahun. Tapi alhamdulillah, berkat sokongan clients, terutama clients terawal yang sudi memberikan peluang untuk saya bereksperimen dan menajamkan skill fotografi, akhirnya tahun 2008 berjaya ditutup dengan rekod 83 majlis dijayakan. Jutaan terima kasih buat hanya beberapa nama yang sempat saya sebut disini, antaranya clients terawal yang memberikan kepercayaan seperti Shawatie & Lisa. Clients yang banyak memberikan aspirasi dan sokongan moral semasa saya mula-mula terlibat dengan industri ini seperti Farhana Sensei & Nurul. Juga clients yang menaikkan rating jenama FAZRIEN Photography, hasil daripada gambar-gambar natural mereka yang cun banget seperti Nor, Zuhair & Aida, Farhana Sensei, Suraya dan ramai lagi. Pendek kata terima kasih buat semua clients FAZRIEN Photography.

Tidak lupa juga kepada pengkritik-pengkritik serta 'musuh' perniagaan (pesaing-pesaing) yang acapkali memberikan kritikan & sindiran. Sesungguhnya hanya itu ubat mujarab untuk memastikan kita berpijak di bumi nyata dan merendah diri, serta berusaha dengan tekad untuk membaiki diri kita ke tahap yang lebih baik. Pujian semata-mata hanya akan melalaikan, sudah banyak contoh kita lihat dalam dunia fotografi ini (terutama di Terengganu), ramai yang tenggelam dengan pujian dan mula merosakkan diri sendiri, hanyut di bawa tanggapan hanya gambar dia yang tercantik dan terbaik.

APA AZAM TAHUN 2009?
1. Mencapai sasaran, majlis clients untuk 2009 mencapai angka 70 majlis dan ke atas. (53 left)
2. Mewujudkan pemahaman, tentang aturcara majlis perkahwinan yang sebenarnya dan yang sepatutnya. Kebanyakan majlis perkahwinan di Terengganu adalah tipikal sejak dahulu di mana gambar-gambar adalah ala frozen (kaku) pose, dan majlis ditake over oleh fotografer untuk mengarah buat itu dan ini. Biarlah majlis berjalan dengan smoothly. Boleh ke pemahaman ini diubah supaya selari dengan peredaran masa? Insya-Allah.
3. Berazam memastikan golongan ibubapa/veteran supaya pandai menilai gambar dari pelbagai sudut yang subjektif. Memahami nilai-nilai 'moments', 'angles', seni dan lain-lain. Ini kerana hanya golongan muda di Terengganu yang berminat dengan style gambar seperti ini.
4. Berusaha mendapatkan clients dari negeri Terengganu sendiri. Ini kerana 95% clients pada tahun 2008, adalah clients anak Terengganu yang berkerjaya di Kuala Lumpur. Agak sukar mendapatkan clients yang berkerjaya di Terengganu, majoriti masih suka pada style fotografi konvesional dan tipikal.
5. Memastikan clients dari Terengganu melihat pada kualiti, servis & jenama fotografi. Kebanyakan hanya tertarik pada harga paling rendah, tanpa memeriksa kualiti serta passion fotografer, agar tidak terpedaya dengan fotografer yang bermatlamat hanya mencari wang saku lebih, tanpa berusaha memberikan pulangan servis fotografi yang terbaik buat clients.

MEMO
Masih ada 7 majlis bulan Disember 2008, yang belum diupload/update. Kesulitan amat dikesali. FAZRIEN Photography terpaksa mengambil keputusan untuk menyiapkan design album-album anda terlebih dahulu, bagi memastikan anda menerima album tidak lewat dari jadual yang telah ditetapkan.

ShamsulFazrien @ Ayien
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

019 9939 741, 017 9441 344
YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Fotopages : http://shamsulfazrien.fotopages.com
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Blog : http://shamsulfazrien.blogspot.com

Capture Your Life At Its Best
Fotografi Perkahwinan, Pertunangan, Outdoor Session, Event Di Terengganu

Farhana sensei tu saper?

Abg Ayien, ana da dpt tukar ke KL!!!!!!
Mon 5-Jan-2009 06:39
Posted by:Mrs. Hana Imran ever_after_mine@yahoo.com  - [Link]
hooyeeiiiiiii....... tahun 2008 membawa kejayaan pada anda...moga taun ini lagi bagus hendaknya. please upload gambor2 baru....suka tgk ur works.... nice work bro... Mon 5-Jan-2009 07:44
Posted by:azu tinsekut@yahoo.com
Tumpang Iklan-KAIN SULAM BUKIT TINGGI
STOK BARU JUN 2009

"BOLEH BAYAR 2 KALI, APA TUNGGU LAGI===> ALL ARE FREE DELIVERY"

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya ANDA,hantaran perkahwinan, hadiah, majlis pertunangan!!!
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....boleh guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
STok harga promosi masih ada lagi
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Wed 17-Jun-2009 03:41
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com
View all 14 comments Add comment


Wednesday, 24-Dec-2008 20:29 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan, Amalia & Hazri, Kuala Terengganu 18 Dis 2008

 
SLIDESHOW! SLIDESHOW! SLIDESHOW!



Di atas adalah link slideshow pasangan Amalia & Hazri (http://www.fazrien.com/slides/amalia). Jom klik tengok slideshow. Di bawah adalah serba sedikit gambar sempena majlis berbahagia Amalia & Hazri. Jom tengok...jom!


















Banyak lagi gambar perkahwinan client-client yang belum diupload. Gambar Amalia ini pun potong queue, untuk diupload terlebih dahulu. Kesian kat diorang, dah selalu sangat bertanya mana gambar dan slideshow diorang... hehe. Kepada yang lain, sabar ek. Nanti bulan Januari 2009, kita upload habis-habisan.

Anda boleh lihat sebahagian lagi gambar-gambar di http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets.
See ya! For da next entry...

ShamsulFazrien @ Ayien
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

019 9939 741, 017 9441 344
YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Fotopages : http://shamsulfazrien.fotopages.com
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Blog : http://shamsulfazrien.blogspot.com

Capture Your Life At Its Best
Fotografi Perkahwinan, Pertunangan, Outdoor Session, Event Di Terengganu

ku kenal lia ni...
nice pics..
bole nak tau dop sapa yg mekap tu..
Tue 30-Dec-2008 00:29
Posted by:ruby rubihazatul@yahoo.com
hai ruby...wan amalia ngan kakak dia wan zarina...klala yg mekap kan Tue 30-Dec-2008 03:26
Posted by:makeupbylala lala_7318@yahoo.com
yup ruby..
kaklala tu la yg mekap aku
mmg puas ati
Tue 6-Jan-2009 12:56
Posted by:lyafna lyafna@yahoo.com
View all 8 comments Add comment


Sunday, 21-Dec-2008 00:58 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan, Dalina & Aziz, Kuala Terengganu 19 Dis 2008

 
Jom tengok slideshow majlis pasangan Dalina & Aziz
KLIK DISINI : SLIDESHOW! SLIDESHOW!













Bulan ini sememangnya tidak boleh update gambar-gambar clients secara kerap, kerana terpaksa mendahulukan tugasan mengambil gambar dan tugasan editing. Jadi mungkin update-update untuk entry pasangan lain terpaksa dilakukan pada bula hadapan. Sementara itu, kita boleh saksikan sedikit gambar di majlis Dalina & Aziz. Ini pun curi-curi masa untuk update, actually curi masa tidur...

Melihat majlis ini dari lensamata seorang photographer, terasa indah rupanya alam perkahwinan ini yer. Maklumlah, sebelum majlis akad, boleh dilihat wajah pengantin perempuan penuh kerisauan, tidak tenteram dan banyak berfikir. Kemudian semasa akadnikah, boleh dilihat pengantin menitiskan air mata, sebak dan terharu disebabkan akhirnya berjaya juga bergelar suami isteri. Paling best, selesai jer majlis akadnikah pengantin perempuan, Dalina, tidak henti-henti duk senyum. Sentiasa senyum dan gelak sepanjang masa. Tak percaya? tengoklah slideshow ini http://www.fazrien.com/slides/dalina/


Anda boleh lihat sebahagian lagi gambar-gambar di http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets.
See ya! For da next entry...

ShamsulFazrien @ Ayien
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

019 9939 741, 017 9441 344
YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Fotopages : http://shamsulfazrien.fotopages.com
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Blog : http://shamsulfazrien.blogspot.com

Capture Your Life At Its Best
Fotografi Perkahwinan, Pertunangan, Outdoor Session, Event Di Terengganu

adeh patut rasa mcm kenal aziz nie..rupanya sekelas masa sekolah rendah daaa Sun 21-Dec-2008 01:58
Posted by:makeupbylala lala_7318@yahoo.com  - [Link]
amazing slideshow, and my favorite song too...
great photos....wonder how you can capture all that photos...natural...lovely moments..
Sun 21-Dec-2008 14:52
Posted by:sara
Add comment


Friday, 19-Dec-2008 15:39 Email | Share | | Bookmark
Sebuah Kisah Di Majlis Perkahwinan

Suatu kisah di majlis perkahwinan, di bandar Kuala Terengganu. Pengantin telah mengupah servis saya sebagai jurugambar rasmi, manakala apek cina sebagai jurugambar posing ala studio (3 rolls). Transkrip perbualan antara jurugambar veteran (apek cina) dengan saya.

Apek : Mung amik upah berapa ni amik gambar?
Saya : Adalah sikit-sikit jumlahnya. Dua ribu lebih kot untuk 2 days dan campur lain2 hal (dalam hati, malas nak bagitahu)
Apek : Ooo, diorang cakap dua ribu sepuluh.
Saya : Dua ribu seratus la tokey (dalam hati, dah tahu bertanya pulak)
Apek : Mung shoot berapa keping?
Saya : unlimited...paling sedikit pun untuk satu sesi cecah 400 snap. Client ini akan dapat 2 album custom.
Apek : Aku minggu depan shoot majlis kawen, aku caj 1600 untuk 3 rolls (108 keping), dengan 1 album custom. Huh...
Saya : (Dalam hati, apsal plak apek ni, nak bangga kot dia shoot 108 keping boleh caj rm1600)

Kemudian masing-masing menjalankan tugas masing-masing. Tetapi agak sukar pulak nak bekerjasama apabila jurugambar rolls ini meng”TAKE OVER” majlis. Habis pengantin kena ikut cakap, di arah buat itu, buat ini...setiap masa. Dalam hati, aku berkata, susah la macam ni. Majlis perkahwinan pengantin, tidak seharusnya di “TAKE OVER” oleh jurugambar. Sudahlah habis angle aku diblocked, suasana majlis di take over, kelam kabut. Hinggakan sukar aku nak snap spontaneous moments, disebabkan apek tu duk depan muka pengantin setiap masa, duk arah itu dan arah ini.

Sepatutnya fotografer harus memberi ruang secukupnya untuk pengantin meraikan majlis diorang dengan sanak saudara serta tetamu yang datang dari seluruh pelusuk negara. Bukannya majlis kahwin harus bertukar menjadi sesi gambar studio sepanjang hari.

Kemudian aku mempromosi servis aku kat seorang tetamu, kebetulan dia bertanya. Apek tu aku tengok dari jauh, cepat-cepat datang. Aku berundur then buat-buat tak dengar.

Apek : mung nak album custom, aku ada jugok album custom. (apek ni tengok aku sentiasa bawak custom di beg sandang aku semalam, tu yang tergesa-gesa dia bawak jugak sample dia)
Tetamu : owh, saya bertanya je. Cantik jugak album custom ni (album aku..hehe)
Apek : Aku pon boleh buat, mung nak tengok pi masuk bilik, aku letak dalam bilik atas.

(Kemudian apek tu perasan kot aku ada curi dengar, kemudian dia pun terus bisik-bisik dengan tetamu dan ajak tetamu pi tengok album dia)

Saya : (Dalam hati, apek ni x faham ke, aku ni menjual skills aku, bukannya jual album. Yang pasti aku takkan dapat snap gambar posing ala studio, ala zaman dulu-dulu, macam dia. Dan yang pasti dia pun tak dapat mengambil gambar ala spontaneous, in perfect moments, angle-angle menarik dan kreatif serta unik sepertimana aku cuba usahakan)

Aku sambung kerja aku, sambil meniarap, tertiarap, terbaring mencari angle terbaik.

Apek : (sambil tengok aku cari angle) Sikalang ramai fotografer. Semua nak shoot candid, shoot posing abis teruk.
Saya : Saya memang tak shoot ala studio tu tokey. Suasana, moments dan angle tu yang penting bagi saya. Apek tengok la oversea punya style fotografi wedding macam mana.

Apek : Mung datang sini naik motor ke kereta? (sambil tengok aku atas bawah)
Saya : Naik sampan ( dalam hati jer, hahaha...x berani plak aku nak menjawab camni)
Saya : Saya naik kereta la tokey. Amik booking sampai KL, takkan nak naik motor plak.
Apek : mung fulltime ke?
Saya : fulltime

Aku pun dah malas nak layan apek ni. Dari tadi asyik pandang aku atas bawah. Baik aku teruskan kerja aku. Tapi itulah, kelam kabut pulak nasib aku shoot sekali dengan dia, habis berterabur jadinya. Maybe dia fikir kalau dia take-over, majlis akan lancar dan akan memudahkan tugas dia nak snap itu dan ini, so boleh dia balik cepat. Tapi pada aku, tak seharusnya jadi macam tu, inikan majlis raja sehari. Biarlah pengantin menjadi RAJA, dan fotografer menjadi hambanya. Adoii...banyaknya terlepas spontaneous moments yang seperti selalu aku buat kat majlis-majlis lain. Tapi nak wat camna kan.....nasib.

betoi tu kak lala,cakap jer mai dengan mercedes biar terlopong apek tuh!!! Sun 21-Dec-2008 07:14
Posted by:edda1010 edda1010@yahoo.com
ak sgt2 memahami mu ayien..hahaha..samala senasib ari tu..huhu Sun 21-Dec-2008 15:03
Posted by:ina asba84@yahoo.com
pedulikkan ajee cine bukit tuuuu Thu 25-Dec-2008 16:32
Posted by:Aina classic_lavender32@yahoo.com
View all 8 comments Add comment


Monday, 15-Dec-2008 11:27 Email | Share | | Bookmark
Majlis Persandingan, Yusrina & Eddy, Kuala Trg 12 Disember 2008

 
PERHATIAN! Mulai tahun 2009, Fazrien Photography akan mewujudkan galeri slideshow perkahwinan di laman web rasmi. Sebagai percubaan, jom view slideshow pasangan Yusrina & Eddy.
Klik Here >> SLIDESHOW





















Lanjutan daripada entry akadnikah sebelumnya, kali ini adalah gambar-gambar pada majlis persandingan 12 Disember 2008, pasangan Yusrina & Eddy. Enjoy da pics!

SLIDESHOW
Jom view slideshow pasangan Yusrina & Eddy (KLIK HERE!) . Insya Allah, start next year akan diwujudkan gallery slideshow di laman web rasmi www.fazrien.com, untuk setipa clients tahun depan. Namun website tersebut masih dalam pembinaan, dan slideshow kali ini adalah sebagai percubaan. Harap maklum

Bulan ini kemungkinan agak lambat sedikit update gambar, rentetan jadual yang agak padat pada bulan ni. Di samping shooting majlis kahwin.... kerja-kerja editing & susunan layout album turut menuntut bebanan kerja yang agak banyak. Peak season macam ni terpaksa bekerja 15 jam sehari . Alhamdulillah, setakat ini FAZRIEN Photography berjaya submit album kepada clients dalam tempoh yang ditetapkan dan belum pernah lewat dari jadual. Album akan diserahkan dalam tempoh antara 3 minggu - 5 minggu, bukan 2-3 bulan yek . Okey, got to go, nak siapkan design layout album client Afiq, Yusrina, Ma, Hamimah & Yunus... banyaknye, help! help!

Anda boleh lihat sebahagian lagi gambar-gambar di http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets.
See ya! For da next entry...

ShamsulFazrien @ Ayien
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

019 9939 741, 017 9441 344
YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Fotopages : http://shamsulfazrien.fotopages.com
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Blog : http://shamsulfazrien.blogspot.com

Capture Your Life At Its Best
Fotografi Perkahwinan, Pertunangan, Outdoor Session, Event Di Terengganu

wahh... slideshow tu sgt cantik dan tersusun.........=D syabas Fri 19-Dec-2008 10:17
Posted by:noname mimififinini@rocketmail.com
Hi ayien, yus puas hati sgt dgn servis ayien Keep up the good work! Semoga terus success for next challenging 2009 onwards . Adik yus yg pakai bj melayu putih tu pn skrg dh pandai snap gambar gaya ayien la hehe Mon 22-Dec-2008 02:08
Posted by:yusrina yusrina_iiu@yahoo.com
bole tau mak andam yusrina ni sapa? cantik la.. Sat 3-Jan-2009 14:22
Posted by:ruby rubihazatul@yahoo.com
View all 10 comments Add comment


Sunday, 14-Dec-2008 18:13 Email | Share | | Bookmark
Majlis Akadnikah, Yusrina & Eddy, Kuala Terengganu, 11 Dis 2008

 















Update! Entry pada majlis akadnikah, malam 11 Disember 2008, pasangan Yusrina & Eddy. Majlis selamat berlangsung di Manir, Kuala Terengganu. Yusrina merupakan salah satu client yang menempah awal, mula request & confirm date nikah sejak Julai lepas. Tak cukup dengan itu, turut sudi mempromosi my servis kat kekawan, TQ banyak2 . Enjoy da pics!

Bulan yang teramat sibuk sekarang ni. Jam pun dah 4 pagi, hari ini bekerja 21 jam, non-stop:-(. Bermula awal pagi di majlis kahwin sehingga lewat petang, kemudian sambung kerja di ofis sampai sekarang. Kena stop dulu, dah x larat den... hehe. So, nantikan update seterusnya majlis bersanding Yusrina & Eddy pada besok hari k.

Anda boleh lihat sebahagian lagi gambar-gambar di http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets.
See ya! For da next entry...

ShamsulFazrien @ Ayien
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

019 9939 741, 017 9441 344
YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Fotopages : http://shamsulfazrien.fotopages.com
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Blog : http://shamsulfazrien.blogspot.com

Capture Your Life At Its Best
Fotografi Perkahwinan, Pertunangan, Outdoor Session, Event Di Terengganu

perghhhhhh masyuk siotttttttttt banyak job tu hahahaha
cayalah! i pollowwwww.....
Mon 15-Dec-2008 10:49
Posted by:mr.aummchak!  - [Link]
mmg tgh looking for photographer utk majis kawen sy nx year.
appreciate if you can email the wedding foto pakej pd saya.
Tq.
Mon 15-Dec-2008 12:20
Posted by:azean xi_ean80@yahoo.com
azean, ayien dah forwardkn link pakej harga. Check it out.... X silap last month ayien dh forwardkn, maybe x terima ek email? Mon 15-Dec-2008 12:30
Posted by:aYien photographer  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.