Want your
own Fotopage?














 
Fazrien - Terengganu's Wedding Photographer

By: Shamsul Fazrien

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 30-Dec-2008 18:07 Email | Share | Bookmark
AZAM TAHUN BARU - 2009



Tahun 2008 akhirnya akan melabuhkan tirainya. Kemunculan tahun 2009 pasti akan dinantikan bersama-sama dengan jutaan harapan dan azam, agar tahun mendatang akan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Tamatnya tahun 2008 juga menandakan usia FAZRIEN Photography sudah setahun, dan akan melangkah ke tahun ke-2 (2009) dengan pelbagai iltizam dan matlamat. Target tahun 2008 sudah tercapai dengan cemerlang, diharap target tahun 2009 akan berakhir dengan hasil yang positif jua hendaknya, insya-Allah.

Diimbas pada awal tahun dahulu, azam saya pada tahun 2008 adalah untuk mencari tapak menjenamakan FAZRIEN sebagai sebuah jenama fotografi perkahwinan di Terengganu. Sasaran awal adalah untuk mendapatkan 25-30 majlis setahun. Tapi alhamdulillah, berkat sokongan clients, terutama clients terawal yang sudi memberikan peluang untuk saya bereksperimen dan menajamkan skill fotografi, akhirnya tahun 2008 berjaya ditutup dengan rekod 83 majlis dijayakan. Jutaan terima kasih buat hanya beberapa nama yang sempat saya sebut disini, antaranya clients terawal yang memberikan kepercayaan seperti Shawatie & Lisa. Clients yang banyak memberikan aspirasi dan sokongan moral semasa saya mula-mula terlibat dengan industri ini seperti Farhana Sensei & Nurul. Juga clients yang menaikkan rating jenama FAZRIEN Photography, hasil daripada gambar-gambar natural mereka yang cun banget seperti Nor, Zuhair & Aida, Farhana Sensei, Suraya dan ramai lagi. Pendek kata terima kasih buat semua clients FAZRIEN Photography.

Tidak lupa juga kepada pengkritik-pengkritik serta 'musuh' perniagaan (pesaing-pesaing) yang acapkali memberikan kritikan & sindiran. Sesungguhnya hanya itu ubat mujarab untuk memastikan kita berpijak di bumi nyata dan merendah diri, serta berusaha dengan tekad untuk membaiki diri kita ke tahap yang lebih baik. Pujian semata-mata hanya akan melalaikan, sudah banyak contoh kita lihat dalam dunia fotografi ini (terutama di Terengganu), ramai yang tenggelam dengan pujian dan mula merosakkan diri sendiri, hanyut di bawa tanggapan hanya gambar dia yang tercantik dan terbaik.

APA AZAM TAHUN 2009?
1. Mencapai sasaran, majlis clients untuk 2009 mencapai angka 70 majlis dan ke atas. (53 left)
2. Mewujudkan pemahaman, tentang aturcara majlis perkahwinan yang sebenarnya dan yang sepatutnya. Kebanyakan majlis perkahwinan di Terengganu adalah tipikal sejak dahulu di mana gambar-gambar adalah ala frozen (kaku) pose, dan majlis ditake over oleh fotografer untuk mengarah buat itu dan ini. Biarlah majlis berjalan dengan smoothly. Boleh ke pemahaman ini diubah supaya selari dengan peredaran masa? Insya-Allah.
3. Berazam memastikan golongan ibubapa/veteran supaya pandai menilai gambar dari pelbagai sudut yang subjektif. Memahami nilai-nilai 'moments', 'angles', seni dan lain-lain. Ini kerana hanya golongan muda di Terengganu yang berminat dengan style gambar seperti ini.
4. Berusaha mendapatkan clients dari negeri Terengganu sendiri. Ini kerana 95% clients pada tahun 2008, adalah clients anak Terengganu yang berkerjaya di Kuala Lumpur. Agak sukar mendapatkan clients yang berkerjaya di Terengganu, majoriti masih suka pada style fotografi konvesional dan tipikal.
5. Memastikan clients dari Terengganu melihat pada kualiti, servis & jenama fotografi. Kebanyakan hanya tertarik pada harga paling rendah, tanpa memeriksa kualiti serta passion fotografer, agar tidak terpedaya dengan fotografer yang bermatlamat hanya mencari wang saku lebih, tanpa berusaha memberikan pulangan servis fotografi yang terbaik buat clients.

MEMO
Masih ada 7 majlis bulan Disember 2008, yang belum diupload/update. Kesulitan amat dikesali. FAZRIEN Photography terpaksa mengambil keputusan untuk menyiapkan design album-album anda terlebih dahulu, bagi memastikan anda menerima album tidak lewat dari jadual yang telah ditetapkan.

ShamsulFazrien @ Ayien
FAZRIEN PHOTOGRAPHY (TR0080056-W)
120C, Tingkat 1, Room 02, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

019 9939 741, 017 9441 344
YM ID : shamsul.fazrien
Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Fotopages : http://shamsulfazrien.fotopages.com
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets
Blog : http://shamsulfazrien.blogspot.com

Capture Your Life At Its Best
Fotografi Perkahwinan, Pertunangan, Outdoor Session, Event Di Terengganu

haha.... ayien...
azam ayien last year ada lagi la x mention... aritu baca kat ur frenster
masa mula2 involve dgn fotografi.... hikhik.... ala yang part sedih2 tu....
Wed 31-Dec-2008 06:04
Posted by:nurull nurulainlove@yahoo.com
uikss..nurull... hehe..
azam tu mana bleh habaq kat cni...
dulu x ramai baca fp ni, boleh la habaq...
skang dh ramai pembaca, xleh2...kekg kantoi...malunye....
Wed 31-Dec-2008 06:08
Posted by:aYien - TRG's photographer  - [Link]
"Pujian semata-mata hanya akan melalaikan, sudah banyak contoh kita lihat dalam dunia fotografi ini (terutama di Terengganu), ramai yang tenggelam dengan pujian dan mula merosakkan diri sendiri, hanyut di bawa tanggapan hanya gambar dia yang tercantik dan terbaik. "

huhu... pedas btul entry kali ini... tapi best gak sbb ada nilai2 kerohanian skit2... hahaha...
Wed 31-Dec-2008 06:18
Posted by:Palie Massa Studio wmf2099@yahoo.com  - [Link]
wassup bro... entry bro kat bawah pasal apek tu mmg meletop la
dgr citer dah heboh satu bandaraya KT... haha
bengang gila apek tu, berani ko cari pasal yerk...
moralnya... respek la orang lain baru org akan respek kita...tul x bro?
Wed 31-Dec-2008 06:20
Posted by:muzz
Muzz : haha... x sangka plak jadi heboh....
niatnya bukan cari pasal, tapi hanya untuk beringat-ingat... as u said, show respect, utk dptkn respect org len....
Wed 31-Dec-2008 06:35
Posted by:aYien - TRG's photographer  - [Link]
thnksssss ayien..good luck k...k.watie akn tetp terus beri sokongn Wed 31-Dec-2008 07:52
Posted by:shawatie shawatie08@yahoo.com
salam...hebatlah karya demo...kawe suka tengok gmbo demo...semoga tahun 2009 ni lebih berjaya dalam kerjaya anda... Wed 31-Dec-2008 08:40
Posted by:ayienazri78 ayieranggi@yahoo.com  - [Link]
hai ayien...
emm. pasal ayat promotion kat fp k.sha tuh tak perasan lak ayat tuh nak sama ngan ayien punya... lepas ayien bg tahu baru k.sha tgk yang ayien punya.. so nak kena tukar ker... heheh
Wed 31-Dec-2008 09:13
Posted by:shasha shazswedding@gmail.com  - [Link]
koho glamer ayien...abis satu ganu tau citer pasla cina bukit tuh Wed 31-Dec-2008 13:55
Posted by:makeupbylala lala_7318@yahoo.com  - [Link]
Assalamualaikum..
Semoga tahun 2009 lebih baik daripada thn2 lepas..
Tahniah atas kejayaan yg dicapai & terima kasih banyak2 sudi kongsi pengalaman!
Wed 31-Dec-2008 17:12
Posted by:ibnurashid photography hasbullahrashid@gmail.com  - [Link]
Assalammu'alaikum...
All the best for year 2009...

p/s: mcm kenal model gambar yg pandang langit tu...hehe..
Thu 1-Jan-2009 08:07
Posted by:dila
Farhana sensei tu saper?

Abg Ayien, ana da dpt tukar ke KL!!!!!!
Mon 5-Jan-2009 06:39
Posted by:Mrs. Hana Imran ever_after_mine@yahoo.com  - [Link]
hooyeeiiiiiii....... tahun 2008 membawa kejayaan pada anda...moga taun ini lagi bagus hendaknya. please upload gambor2 baru....suka tgk ur works.... nice work bro... Mon 5-Jan-2009 07:44
Posted by:azu tinsekut@yahoo.com
Tumpang Iklan-KAIN SULAM BUKIT TINGGI
STOK BARU JUN 2009

"BOLEH BAYAR 2 KALI, APA TUNGGU LAGI===> ALL ARE FREE DELIVERY"

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya ANDA,hantaran perkahwinan, hadiah, majlis pertunangan!!!
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....boleh guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
STok harga promosi masih ada lagi
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Wed 17-Jun-2009 03:41
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.